Tuesday, 4 October 2011

MaTh UnTuk SeMua

mArilah sama - sama memperlajari Mathematik bersama saya....

1. pEcAhaN   

Definisi :

bila ada nombor a dan b ( di mana b tidak boleh bersamaan dengan 0), maka hasil bahagi a dan b yang ditulis dalam bentuk a/b dinamakan pecahan.
  • pecahan pada hakikatnya adalah pembahagi kerana itu : a/b = a bahagi b
  • a/b dibaca : a par b
  • pada pecahan a/b :     a dinamakan Pengatas   dan    b dinamakan Pembawah
  • pengatas (a) : menyatakan berapa banyaknya bahagian yang sama itu. Tanda garis pendek  menyatakan bahawa  bentuk itu adalah pembahagian
  • pembawah (b) : menyatakan banyaknya bahagian dari sesuatu benda (jumlah) yang kita    maksudkan @ menyatakan ke dalam beberapa bahagian yang sama dari sesuatu yang telah dibahagikan.
                                  



JENIS -JENIS PECAHAN
a) Pecahan sama (senilai) : pecahan yang nilainya sama
b) Pecahan biasa : pecahan yang pengatasnya dan pembawahnya sebarang nombor
c) Pecahan satuan : Pecahan yang pengatasnya 1
d) pecahan kompleks : pecahan yang pengatasnya dan pembawahnya atau kedua - duanya  berbentuk
                                      pecahan jua.
e) pecahan sejenis : pecahan dengan pembawah yang sama
f) pecahan tak sejenis : pecahan yang pembawahnya tak sama.
g) pecahan sejati : pecahan yang pengatasnya kurang dari pembawahnya.
h) pecahan tak sejati (janggal) : pecahan yang pengatasnya lebih @ sama dengan pembawahnya.

Kegunaan Pecahan dalam kehidupan

a) Fatin telah membuat sebiji kek untuk anak - anaknya yang seramai 4 orang. Namun dia perlu          
    membahagikan kek tersebut sama rata untuk anak - anaknya. Jadi dia telah membahagi kek tersebut
    kepada 4 bahagian. Ini bermaksud setiap seorang anaknya mendapat 1/4 bahagian daripada kek
    tersebut.







2. PeRpuLuhaN                              
                         
Definisi : 

Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan sepuluh sebagai asas.
  •  merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan (mungkin kerana manusia                   mempunyai sepuluh jari di tanggan.
  • perpuluhan pada umumnya ditulis berderetan ke belakang, jadi tidak seperti pecahan yang lain yang ditulis sebagai pengatas dan pembawahan.
  • pecahan yang pembawahnya suatu ganda dari 10, biasanya ditulis mengikut turutan nilai tempat belakang.
Kegunaan Perpuluhan dalam kehidupan

a) menentukan berat badan

setiap bayi yang baru lahir mestilah ditimbang berat badannya bagi menentukan tahap kesihatan mereka. Sebagai contoh, berat badan bayi A ialah 3.5 kg. Ini menunjukkan perpluhan digunakan dalam menyebut dan menetukan  berat badan bayi tersebut.

b) Frekuensi radio

nenek ingin mendengar radio siaran Sinar FM tetapi nenek tidak pasti berapa frequency siaran tersebut, yang nenek tahu hanyalah frequency IKIM iaitu 102.7 sahaja.




3. PeRatus     
 
Definisi :                                                   
peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (seratus bermaksud per seratus)
  • sering ditandai dengan simbol % (tanda peratus)
  • contoh : 25% (dibaca sebagai ''dua puluh lima peratus'') sama dengan 25/100 @ 0.25.
  • di gunakan untuk menjelaskan sebesar mana sebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain. Kuantiti pertama seringkali mewakili sesebuah bahagian atau satu perubahan pada kuantiti kedua, yang sepatutnya lebih besar daripada sifar.

Kegunaan Peratus dalam kehidupan

a) promosi harga barang

    setiap hari perayaan menjelang, semua pasar raya meletakkan promosi ke atas barang yang mereka       jual bagi melariskan jualan mereka. Contohnya, kedai A telah meletakkan diskaun sebanyak 30%         untuk setiap jenis barang yang mereka jual. Ini menunjukkan peratus digunakan bagi                             mempromosikan barang.

b) pemarkahan pelajar  
     
    Fahmi telah menjawab 40 soalan yang betul daripada 50 soalan. Dia ingin mengetahui berapakah         markah yang dia perolehi daripada 100% ? untuk menyelesaikan masalah tersebut kita perlulah             mengira seperti berikut:
                   
    40 (soalan yang betul) / 50 (jumlah soalan) darab dengan 100%
                      
                   = 80%
    Jadi markah penuh Fahmi ialah 80%.